sambutan Hari Ibu sebagai panduan kita selaku umat Islam.
Menurut pandangan peribadi Dr. Robiah, dari sudut sejarah dan budaya sambutan itu jelas menunjukkan ia bukan hadir daripada budaya timur dan agama Islam. Sebaliknya ia perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian (keagungan terhadap mary atau mariam) seperti mana mereka menyambut hari valentine atau kekasih.
Katanya, sambutan ini seperti ada kempen dakwah tersembunyi di dalamnya supaya kita semua mesra dengan budayanya dan tidak berasa janggal untuk meraikan bersama. Akhirnya kita senang dan selesa dengan sambutan tersebut sedangkan ia berkaitan dengan akidah kita sebagai muslim.
Ditanya mengenai apa salahnya dengan sambutan tersebut? Menurutnya, tidak ada cacat celanya sambutan itu sebenarnya tetapi cara ia diraikan menggambarkan seolah-olah wujud hari tertentu kita mengingati si ibu sedangkan Islam mewajibkan ibu dikenang sepanjang masa kerana syurga di bawah telapak kakinya. Cara sambutan juga tidak kena dengan budaya dan agama, seolah-olah tersirat agenda memesongkan cara hidup Islam secara senyap-senyap.
Menurut pandangan beliau, tidak wujud sambutan sebenarnya tetapi jika kita ingin mengikut arus globalisasi dan kononnya tidak dianggap ketinggalan, masih boleh diraikan tetapi pengisiannya jangan sesekali bercanggah dengan Islam.
IBUBAPA
Allah Subhanahu Wata’ala dalam firman-firman-Nya memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada ibu bapa. Apa tidaknya tanpa mereka kita tidak akan lahir ke alam maya ini. Mereka bersusah payah membela, mengasuh dan mendidik kita seperti menatang minyak yang penuh.
Kita diasuh dengan belaian lembut dan kasih sayang. Mereka mencari rezeki dengan keringat dan susah payah untuk memberi kita makan, minum, pakaian dan pendidikan supaya kita menjadi manusia sempurna.
Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita. Tidak akan terbalas oleh kita dengan cara apa pun. Sebagai anak mampukah kita memberikan belaian kasih dan menjaga kebajikan mereka 'setara' dengan apa yang mereka pernah berikan kepada kita. Tentu sahaja kita tidak mampu tetapi sewajarnya kita berusaha sedaya yang termampu untuk berbakti dan membahagiakan mereka.
Tidak ada kata-kata dan madah yang dapat diungkapkan untuk menggambarkan betapa besarnya jasa ibu bapa dan bagaimana pula penghormatan sebanding yang dapat kita berikan kepada mereka.
RENUNGAN
* Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam ayat al-Ahqaf yang bermaksud :
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula."
* Sementara itu Allah Subhanahu Wata’ala juga melarang kita dari menderhaka kepada ibu bapa seperti firman-Nya dalam surah al-Israa’ yang menjelaskan:
"Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain dari Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
* Dalam surah Luqman Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun."
* Diriwayatkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya oleh seorang pemuda :
"Siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik. Rasulullah bersabda ibumu. Kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu bapamu."
* Dalam hadis lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka."
* Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis lain bersabda :
"Dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa."
* Dipendekkan kisah di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengenai Alqamah seorang pemuda yang baik dan kuat beribadat yang tidak dapat mengucap kalimah tauhid semasa sakaratul maut disebabkan hati ibunya terguris dengan perbuatan isterinya. Hanya setelah ibunya memaafkannya barulah Alqamah boleh mengucap dengan lancar.
BERBAKTI
Berbaktilah kepada ibu bapa semasa hayat mereka masih ada. Kita akan merasa kehilangan teramat sangat setelah mereka pergi meninggalkan kita. Jika boleh mahu rasanya kita kembali semula ke masa lampau agar dapat mencurah bakti sepenuhnya kepada mereka.
Meskipun ibu bapa sudah tiada, kita masih boleh berbakti kepada mereka. Ini dapat dilakukan dengan mendoakan mereka mendapat rahmat Allah, diampunkan dosa mereka, diterima kebaikan mereka dan ditempatkan mereka bersama orang-orang yang soleh.
Selain dari itu doa anak yang SOLEH juga dapat membantu ibu bapanya setelah mereka kembali kerahmatullah.
Dan yang ketiga berbuat baiklah dan kekalkan silaturahim dengan saudara mara dan sahabat handai ibu bapa kita.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala sentiasa mencucuri rahmat dan keampunan kepada kedua-dua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke Rahmatullah. Amin Ya Rabba’alamin.



No comments:
Post a Comment