Wednesday, 12 September 2007

RAMADHAN
Ramadhan (bahasa Arab:رمضان) (biasa digelar "Ramadhan Al-Mubarak") merupakan bulan ke-9 dan bulan paling suci dalam Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang ertinya:
"bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..."
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Aspek Ekonomi:
Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadhan pada umumnya adalah Bazar Ramadhan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit.
Marhaban Ya Ramadhan.. SALAM RAMADHAN all!!

No comments:

 
Free Blogger Templates